Persimpangan : Antara Kemodenan dan Jati Diri


     Universiti itu ditubuhkan untuk membantu anak peribumi negara tersebut menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi . Ya , ia adalah satu perkara yang menjadi rahmat kepada anak peribumi yang jauh ketinggalan berbanding dengan bangsa yang lain.

    Namun begitu , sejauh manakah ia membantu anak peribumi untuk menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negara?

    Universiti itu menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar

Bukan saya menentang penggunaan bahasa Inggeris , saya juga meminati bahasa ini akan tetapi ia tidak membutakan saya untuk kembalikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan ilmu.

  Apa kita lupa bahawa pada tahun 1988 bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar disemua universiti ? apakah kita lupa bahawa bahasa Melayu menjadi Lingua Franca perdagangan dan sosial di Nusantara?

Mungkin YAB Muhyiddin Yassin  perlu tekankan kembali bahawa bahasa Melayu seharusnya menjadi bahasa pengantar dalam sektor pendidikan terutamanya institut pengajian tinggi !

  Ya , universiti ini majoritinya peribumi namun bahasa Inggeris menjadi pengantar

Selain itu ,

 Universiti ini juga majoritinya Islam namun Islam itu hanya berada di kad pengenalan masing-masing. Islam tidak menjadi dasar universiti ini . Adakah tidak percaya bahawa Islam itu syumul?

Jadi , perlu meletakkan menutup aurat dengan sempurna sebagai satu peraturan yang menjadi dasar bagi universiti ini??

atau

meletakkan peraturan itu sebagai jenayah terbesar jika ia tidak dipatuhi?

atau

memberi kebebasan kepada mereka untuk berpakaian bebas asalkan sopan?
ini negara demokrasikan?

Menjadi sederhana dan moden sehingga mengorbankan jati diri atau mejadi begitu dengan asas jati diri yang kukuh??

Saya berharap semua mahasiswa untuk berfikir tentang ini.







♥ syukran jazilan.. salam ukhuwah.. semoga bertemu lagi ♥

Kebersihan


      Muhammad berjalan di pesisir pantai Bandaraya Islambol (tidak merujuk kepada Istanbul, Turki), sebuah bandar yang dibina sekitar tahun 1412 oleh kesultanan Islam yang terkenal pada suatu masa dahulu. Ia dinamakan Islambol selepas raja empayar tersebut memeluk Islam ditangan pedagang Arab. Walaupun pantai tersebut cantik dan menenangkan , Muhammad merasakan bandar tersebut seperti hilang  cerminan Islam itu sendiri kerana pengurusan bandar tersebut tidak sistematik dan kotor.


    "Aku ingin menjadi datuk bandar Islambol ", hati Muhammad berkata.


       Setelah 10 tahun berlalu , Islambol telah menjadi salah satu bandaraya yang terbersih dirantau ini . Semuanya adalah usaha gigih seorang datuk bandar yang sangat berwawasan dan mempunyai perancangan yang jelas untuk mengubah bandar tersebut supaya ia lebih sesuai dengan namanya . Ya. itulah Muhammad , yang telah berjaya merealisasikan impiannya untuk mengubah bandaraya Islambol.

     Walaupun cita-citanya sering dipandang kecil oleh sebahagian  ahli  yang lain , namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk memberi yang terbaik kepada rakyat . Muhammad telah menyusun kembali pengurusan bandar tersebut supaya lebih efisyen . Jalanraya dan sistem kumbahan diperbaiki , setiap premis perniagaan dan perumahan diberikan tong sampah agar memudahkan pengurusan untuk mengutipnya , pokok-pokok juga dijaga dengan rapi untuk menimbulkan perasaan tenang dikalangan penduduknya dan menghijaukan lagi bandaraya tersebut.

Muhammad akhirnya berjaya mendidik rakyatnya supaya menjaga kebersihan, kerana kebersihan itu sebahagian daripada iman dan akhlak Islam.

Tanpa impian ,usaha dan visinya , Islambol pasti masih seperti dulu...




     




♥ syukran jazilan.. salam ukhuwah.. semoga bertemu lagi ♥

Dilema


        "Takpelah wei , aku malaslah nak pergi perpustakaan . Kali terakhir pergi pun masa aku semester 2 , itupun pergi cari maklumat untuk kerja kursus aku. "

       "Macam manalah hang boleh baca buku yang orang lain tak baca , lepas tu tiap-tiap minggu baca buku tajuk yang berbeza . Aku satu buku pun susah nak habis . "

      "Kita tak nak ahli kita hanya banyak berfikir dan berteori tapi tak terjemahkan idea tersebut untuk gerak kerja kita. Gerak kerja takkan bergerak kalau hanya berfikir sahaja."

     " Membaca banyak tu yang buat umat ramai sesat sebab tak pi berguru!."

      Ini adalah antara perbualan yang sering aku dengari dalam kehidupan seharian . Hal-hal sekeliling membuatkan aku terasa ingin pergi ke dunia lain , dunia yang menerima membaca itu jambatan ilmu untuk membina tamadun. Apabila bersuara , kebanyakan akan mengatakan idea dia ni bagus , dia sajalah yang betul , orang lain salah , ego tinggi dan lain-lain .

     Ia sebenarnya adalah bebanan yang sangat berat untuk aku memikulnya . Satu perasan telah timbul....

" Aku tidak mahu meneruskan kehidupan begini kerana manusia disekelilingku hanya mempunyai perasaan yang palsu untuk menerima diriku . "

  Tiba-tiba

  "Woi , hang menung apa lagi? jomlah pi perpustakaan . Kita pi meneroka dunia baru ." tegur Ahmad sambil tersenyum.

   Ya , membaca itu adalah satu ujian yang berat untuk mahasiswa dan masyarakat sekarang ini , tapi aku tidak mahu menjadi seorang yang bersuara dengan lantang tapi ilmu didada hanya setakat untuk menghukum sahaja . Aku ingin menjadi pelindung ummah untuk mendepani cabaran yang mendatang kerana ummah hanya peduli hal kecil semata-mata .





 




     

♥ syukran jazilan.. salam ukhuwah.. semoga bertemu lagi ♥

Kebebasan Akademik


         Kebebasan Akademik adalah salah satu hak warga universiti khususnya mahasiswa untuk menunjukkan ekspresi mereka dalam pelbagai bidang seperti politik , agama , sosial dan ekonomi. Masyarakat demokrasi sepatutnya menjunjung kebebasan akademik agar perbincangan ilmiah yang segar dapat membangunkan negara. Namun begitu , kebebasan akademik sudah dicantas dan dikembirikan oleh pihak pengurusan universiti atas alasan yang tidak munasabah.

      Jadi , bagi menghidupkan kembali kebebasan akademik yang sudah mati , ayuhlah kita hidupkan ia! tubuhkan komuniti buku jalanan , wujudkanlah satu sistem pinjaman buku sendiri untuk merancakkan lagi budaya ilmu , speaker's corner untuk menyatakan idea kita yang menggugat , buatlah kumpulan untuk membincangkan sesuatu isu dan sebagainya.

Ayuh mahasiswa, ayuh hidupkan kembali kekebasan Akademik!

♥ syukran jazilan.. salam ukhuwah.. semoga bertemu lagi ♥

Buku : Pedagogi Bahasa Tertindas





Apabila melihat hebahan yang dibuat oleh Dubook Press mengenai buku ini di Pesta Buku 1Malaysia tahun lepas,membuatkan diri ini berazam untuk memilikinya kerana saya tahun penulis tidak akan mengecewakan hati ini dengan perkongsian yang dibuat seperti buku pertamanya iaitu Sekolah Bukan Penjara,Universiti Bukan Kilang.

Pedagogi Bahasa Tertindas, Sebesar tajuknya seperti apa yang tersurat didalam warkah tersebut. Warkah ini mengenai  anak bangsa yang berkongsi satu perasaan dan satu penegasan bahawa Penggunaan Bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik memberi kesan yang amat besar kepada sistem pendidikan negara dan hanya merugikan bangsa Malaysia itu sendiri. Pengalaman berada didalam sistem ini sejak zaman persekolahan hingga universiti sekarang ini membuatkan hati ini memberontak kerana Bahasa Melayu ditolak penggunaannya hanya kerana sikap sebahagian besar Mahasiswa sendiri yang merasakan perkara ini tidak penting, yang penting hanya belajar, dapat keputusan yang cemerlang dan peluang kerja yang cerah.Kecintaan kepada ilmu pengetahuan menjadi malap akibat proses doktrinisasi sejak zaman sekolah.

     Penulis juga menekankan bahawa ilmu pengetahuan sekarang ini hanya ilmu yang diperolehi dari buku dan tidak berkembang untuk kebaikan masyarakat. Makna ilmu sendiri sudah lari dari epistemologi Islam yang bermula dengan membaca kerana melalui proses tersebut, manusia akan berfikir. Ilmu seharusnya berakar dengan agama dan budaya setempat agar pembangunan tamadun itu bersifat lestari dan menitikberatkan hubungan antara Allah, Manusia dan Alam.


     Lupakah kita kepada sejarah? George Santayana pernah mengatakan bahawa bangsa yang melupakan sejarah akan mengulangi kesalahan yang sama. Sejarah telah menunjukkan bahawa Bahasa Melayu pernah menjadi lingua franca didalam tradisi keilmuan dan perdagangan dirantau kepulauan Melayu ini. Jadi apakah yang menjadi penghalang untuk kita memartabatkan kembali bahasa ibunda kita menjadi bahasa ilmu? Finland,Jepun ,Korea Selatan, China, Jerman dan Perancis telah membuktikan keberkesanan bahasa ibunda menjadi bahasa ilmu.


   Membaca warkah ini membuatkan saya berfikir sejenak apa tanggungjawab saya sebagai seorang muslim dalam melestarikan ilmu-ilmu yang diperoleh agar menjadi kekuatan dan senjata untuk melawan serangan budaya dan pemikiran yang telah dilancarkan oleh penjajah beratus tahun yang lalu. Ia juga membuka pandangan saya tentang isu ini dengan perspektif yang berbeza.

   Kesedaran bahawa kita ini hanyalah hamba Allah SWT boleh membuatkan kita berfikir sejenak,apa yang sepatutnya kita lakukan dan apa pilihan kita untuk berbakti kepada agama,masyarakat dan negara umumnya kerana hidup kita ini mempunyai pilihan pilihan.





   







♥ syukran jazilan.. salam ukhuwah.. semoga bertemu lagi ♥