Alhamdulillah :)






Assalamualaikum..

Tadi tengok berita , Alhamdulillah akhirnya PBB mengiktiraf negara yang sudah lama didiskriminasikan oleh dunia iaitu Palestin yang tercinta .Dunia termasuklah negara-negara Eropah yang melahirkan negara haram Israel juga mengangkat dan mengikuti inspirasi rakyat mereka yang menentang keganasan dan pelanggaran hak asasi manusia oleh Israel untuk kedamaian sejagat. Saya juga berharap agar pengiktirafan ini memberi semangat baru untuk rakyat Palestin yang berjuang selama 64 tahun demi kedaulatan mereka dan agama Islam yang tercinta. InsyaAllah Fatah dan Hamas akan bergabung demi kemaslahatan ummah di Palestin. Saya ingin menyeru kepada para sahabat, marilah kita sama-sama mendoakan kemenangan Islam dan memberi bantuan kepada saudara kita di Palestin.Hmm...walaupun dunia akan mematuhi resolusi PBB tentang Palestin, Amerika dan Israel tidak mengiktirafnya..Moga Allah percepatkan  kehancuran pentadbiran mereka yang angkuh..Amin...

♥ syukran jazilan.. salam ukhuwah.. semoga bertemu lagi ♥

Usrah


Assalamualaikum...

Usrah..pernah tak dengar tentang usrah? usrah adalah salah satu cara tarbiah yang digunakan oleh Rasulullah SAW dalam mendidik para sahabat tentang Islam. Ia telah diperkenalkan semula oleh as-syahid Hassan Al-Banna melalui gerakan Ikhwanul muslimin. Maknanya usrah ni adalah salah satu tunjang kekuatan dalam gerakan tersebut dan juga gerakan Islam yang ada sekarang.

Di universiti pun , usrah juga ada dijalankan. Di UiTM tempat saya belajar , ia dipanggil smart group..haha..sebenarnya nama tu digunakan untuk melindungi kumpulan usrah yag digerakkan oleh sekumpulan pelajar sebab HEP tak suka benda-benda macam ni. Inilah akibatnya kalau universiti menjadi 'kilang' pekerja yang baik.

Usrah menjadi tempat tarbiah remaja Islam dalam semua aspek Islam iaitu tauhid, syariat dan akhlak. Ia juga adalah tempat kita mengetahui cara gerak kerja gerakan Islam dan politik Islam (mestilah,sebab majoriti mahasiswa sekarang condong ke arah anti kerajaan).

Tapi apa yang ingin saya perkatakan, sekarang bukan lagi zaman untuk kita menyebarkan retorik. Sekarang adalah zaman untuk kita buktikan bahawa Islam itu relevan setiap waktu. Demokrasi, Hak asasi manusia, hak bersuara dan sebagainya. Alangkah indahnya jika usrah menjadi tempat para Mahasiswa mendidik mereka tentang Islam dan juga tentang keadaan semasa. Bagi pihak yang ikhlas menegakkan Islam, sekarang juga bukan zaman kita nak skeptik dengan orang yang tidak memakai tudung semua, dakwah Islam adalah untuk semua. Kita terangkan apa yang benar kepada mereka, kalau mereka tidak mahu menerimanya terpulanglah asalkan kita menjalankan dakwah berhikmah secara berterusan.



♥ syukran jazilan.. salam ukhuwah.. semoga bertemu lagi ♥

Sejarah itu membina...

Pernah tak kita terfikir kenapa di sekolah kita diajar subjek sejarah? sudah terang lagi bersuluh, majoriti pelajar kita tidak menyukai subjek tersebut. susahlah, kena hafal banyak fakta...itulah antara alasan dangkal yang diberikan oleh mereka.

Saya pernah bertanyakan soalan kepada sahabat saya , minat sejarah tak? dia mengatakan sejarah Nabi dan sahabat minatlah , seronok..tapi sejarah malaysia tak seronok, lagipun sejarah Malaysia banyak tipu..hmm..itu membuatkan saya berfikir, kenapa sampai tahap begitu sekali pelajar kita berfikir tentang sejarah negara kita..tidak dinafikan sejarah negara kita banyak ditulis dan dipengaruhi oleh pihak pemerintah namun kenapa pemikiran kita perlu jumud sampai begitu sekali?

Dalam mendidik masyarakat, subjek sejarah seharusnya diajar dan diterangkan dengan lebih jujur dan mesra dengan suasana masyarakat sivil di negara kita. Sebagai contoh, pihak yang membuat sukatan pelajaran boleh memasukkan tentang sejarah gerakan mahasiswa negara kita dalam membela nasib rakyat di zaman 60an dan 70an. Sejarah negara kita bukannya dimuliakan, tetapi dibosankan dengan cerita pemimpin yang berjasa secara berulang-ulang , cerita yang agak berat sebelah , tentang keagungan sebuah empayar yang pernah tertegak di tanah kita dan sebagainya.

Sudah tiba masanya kita menghadam sejarah negara kita dengan lebih adil kerana sejarah membentuk pemikiran masyarakat kita. Adakah saya menolak sains dan teknologi? tidak sama sekali. Saya juga berasal dari pelajar aliran sains tetapi saya juga mempunyai kesedaran dalam mempelajari sejarah kita dengan adil. Bukan semua sejarah itu kotor, sejarah menjadi kotor akibat perbuatan kita sendiri..

George Santayana, seorang ahli falsafah berkata, "mereka yang melupakan SEJARAH pasti akan mengulanginya " .Sama-samalah kita mempelajari sejarah dan membuat penilaian yang adil tentang sejarah negara kita.


Greeting Text

♥ syukran jazilan.. salam ukhuwah.. semoga bertemu lagi ♥

welcome

assalamualaikum.. my blog.. i am newbie..

dalam proses upgrade

♥ syukran jazilan.. salam ukhuwah.. semoga bertemu lagi ♥