Universiti Kehidupan

Sudah setahun aku menyambung pelajaran di salah sebuah universiti yang terletak di Indera Kayangan. Negerinya amat indah dan sedang rancak membangun. Namun begitu, bukan itu yang aku ingin ceritakan tetapi hanya ingin meluahkan apa yang terbuku didalam hatiku ini.

Setiap orang ingin menikmati kehidupan di universiti. Untuk melayakkan diri memasukinya, SPM yang hanya berasaskan soalan-soalan ramalan dari percubaan negeri lain dan buku-buku latihan menjadi ukuran.

Apakah mahal nilainya sebuah peperiksaan itu?

Ya,mahal sehingga pelajar yang keciciran tidak dapat menikmati kehidupan di universiti. Bagaimana pula yang berjaya menyambung pelajaran? tiada apa yang inginku katakan selain mereka itu kini diproses oleh universiti yang sama tarafnya dengan kilang untuk menjadi pekerja bukannya manusia.

Kebebasan Akademik menjadi dambaan bagi mahasiswa yang jiwanya manusia. Namun semua itu hanyalah khayalan semata-mata buat mahasiswa yang ingin melihat masyarakat bangkit untuk maju. Buat kawan-kawanku yang berada di universiti, kalian harus sedar bahawa universiti bukanlah tempat untuk kita menghabis masa muda kita untuk menjadi tua dengan mengejar CGPA yang tinggi, hidup dengan aliran pemikiran hedonisme yang melampau dan persatuan aktiviti yang terlalu tumpul daya intelektualismenya. Universiti adalah tempat kita mencanai idea-idea besar,tempat untuk kita menjadi manusia kembali, menegakkan keadilan dan merasai kenikmatan ilmu pengetahuan yang berlimpah ruah. Inilah yang dikatakan universiti kehidupan.

itulah universiti yang aku dambakan dalam hidup ini..yang mungkin hanya tinggal angan-angan.. kerana pihak-pihak tertentu telah merendahkan cita-cita mahasiswa untuk mengubah negara ini ke arah yang lebih baik.

♥ syukran jazilan.. salam ukhuwah.. semoga bertemu lagi ♥

1 comment:

hazdnul shafina said...

point : bukan untuk mengejar pointer tnggi..tapi mngejar barakah ilmu.. apa kejayaan dgn cgpa tnggi tu istidraj atau bukan. :) muhasabah diri.. ilmu untuk diamal dalm kehidupan.. bukan untuk dihafal u exam..then lupa :)