Guru..

GURU OH GURU

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
 Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

  Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
                        
                           Usman Awang, 1979

Selamat Hari Guru saya ucapkan kepada para guru yang sedang berjuang untuk mendidik pelajar menjadi manusia yang berguna. 
 
Bukan itu sahaja pesanan yang saya ingin sampaikan . Tugas utama para guru ialah memanusiakan kembali manusia . Sebagai seorang mahasiswa yang menjalani kesemua peperiksaan penting semasa di sekolah dahulu, saya berharap guru-guru saya sedar bahawa setiap pelajar ada potensi di dalam diri mereka dan bukannya hanya memberi keutamaan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang untuk berjaya sehingga menjadi dasar sekolah untuk mengejar kedudukan untuk menjadi sekolah terbaik.
 
Buat sahabat saya yang bakal menjadi guru, pikullah tanggungjawab ini dengan amanah untuk melahirkan manusia yang akan membangunkan masyarakat menjadi masyarakat kelas pertama. Selain itu , sematkanlah dalam jiwa bahawa setiap pelajar ada potensi untuk dibentuk dan berhak mendapat pendidikan yang sama tidak kira cemerlang atau tidak...
 
Akhir kata , saya bangga dengan guru-guru saya yang mendidik anak bangsa...maaf sekiranya terkasar bahasa.
                                             

♥ syukran jazilan.. salam ukhuwah.. semoga bertemu lagi ♥

2 comments:

Fifa Yusuf said...

Thanks for your effort to appreciate your teachers. It has been our responsibility to teach learners, regardless of their age, background, personality or their competency level, which I believe, deep down inside, no matter how good or bad the students are, teachers will treat them equally and will love them unconditionally. Teachers' responsibility is more than just transmitting knowledge to the students, but to also guide them to realize their potential in life (including students who are academically challenge). It's been great to have this honor of teaching students who are full of enthusiasm. We'll treasure this precious opportunity of teaching students as one of the most valuable experience in our lives. Thank you for being such a wonderful student all this while, and like all the teachers out there, I'll be praying that someday you'll find your path in your future undertaking :) InsyaAllah...

hazdnul shafina said...

guru dengan tugasnya.. amanh untuk mendidik jiwa ank bangsa.. kita dengan tanggungjawabnya untuk menimba ilmu.. bukan seratus peratus peranan mndidik jiwa ank bngsa di tangan guru.. malah ia juga pada diri sendri.. takkan bergerak sebuah kereta yang dipandu tanpa enjin nya. tak berkesan ajaran guru andai muridnya masih di takuk lama :) masih tidak ada kesedaran dalam diri :)